Saturday, April 7, 2012
Mimpi atau Impian
walaupun tajuk dia atas bunyinya lebih kurang same, tapi berlainan *bagi aku,
aku tidak tahu mengapa aku TER-inspirasi bila melihat IELTS, sebenarnya aku dah lama nak amik ujian berbahasa Inggeris tersebut, Mengapa? aku tidak pasti mengapa, SUKA-SUKA mungkin.
Jadi, hari Ahad yang berbahagia ini, aku berhasrat untuk mendaftar ujian IELTS tersebut, namun sekali lagi terbantut kerana "server" (istilah dalam bahasa Melayunya aku tidak pasti) internet di kampus ini tidak memuaskan. Oleh itu, aku tidak pasti bila dan di mana harus aku berbuat demikian.
Memandangkan tahun pertama aku di UIA hampir habis. *gembira, aku merancang untuk mengisi kekosongan cuti selama 4 bulan nanti,
1)ETHICS & FIQH FOR EVERYDAY LIFE
2)TILAWAH
3)ENGLISH FOR ACADEMIC PURPOSE
4)IELTS
perkara dia atas hanyalah dalam proses 'perancangan', namun. aku berharap cuti yang panjang tersebut aku melakukan perkara-perkara yang lebih berilmiah keran cuti selama 4 bulan yang lepas, aku sudah puas "berfoya-foya"
walaupun subjek di atas kedengaran 'baik' namun, itulah subjek yang MESTI aku belajar di UIA ni, tanpa subjek-subjek (2 teratas) yang kelihatannya "alim" bagi aku, aku rasa aku tidak akan sekali-sekali mengambil inisiatif sendiri untuk menghafal hadis2, mahupun surah2 Quran, *seperti tidak ikhlas, namun sekiranya tidak dipaksa, bila lagi?
Secara jujurnya, aku pon tidak tahu mengapa aku ditempatkan di sini. Pada mulanya aku tidak suka akan institusi yang melibatkan keagamaan * tanggapan pertama sebelum berada di sini. Mengapa? aku juga tidak ada sebarang jawapan untuk persoalan tersebut, mungkin hatiku sudah "gelap" digelumang dengan perkara-perkara yang lagha sebelum ini,
Iye, aku juga tidak suka akan sekolah agama dan sewaktu dengannya, aku juga belajar perkara-perkara asas seperti membaca al -Quran kerana aku merasakan ia perkara yang asas dan perlu ada pada seorang Muslim (Islam) bukan kerana sebab-sebab yang lain. Namun, ingin aku nyatakan di sini, sesungguhnya menghafal ayat-ayat Quran amat mudah dan kini ditambah pula dengan hadis, *aku pon tidak pasti mengapa mudah untuk meghafal walaupun aku tidak ikhlas dan tujuan utama untuk mendapatkan markah ekstra ketika menjawab peperiksaan. Perasaan "tidak suka" itu memang wujud sejak aku bersekolah rendah lagi, dan aku juga pernah berkata " mama, i won't go to any religious school coz it obviously has arabic and etc....." **ITU DAHULU
Namun, syukur (alhamdulillah) aku juga semakin ingin belajar mengenai agama (Islam) semememangnya aku juga dalam proses pemulihan (pakaian,ibadah dan lain-lain) *menutup aurat dengan sempurna juga amat sukar untuk dilakukan walaupun aku memang sudah lama memakai tudung.. namun memakai tudung sahaja bukanlah bermakna auratku sudah sempurna ditutup. Bukanlah di sini aku ingin menyatakan bahawa UIA yang menyebabkan perubahan. hal ini disebabkan rakan-rakan sekeliling, di sini, ramai juga yang "free hair" namun, ada di antara mereka berusaha untuk ke arah yang lebih baik, dan akhirnya memakai hijab dan menutup aurat dengan sempurna, *aku bila lagi?
Pelbagai ujian juga aku sudah tempuhi ketika di sini dan sedang juga mempelajari bagaimana untuk "REDHA", sebagai manusia biasa aku juga sering mempersoalkan ketentuan takdir.." KALAU lalalalaa msesti x jadi macamni.....
Redha di sini, bukanlah hanya pasrah dengan apa yang berlaku, namun mengambil pengajaran dan berusaha untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik. Contohnya "keputusan peperiksaan tidak memuaskan dan pasrah, Namun, usaha untuk mendapatkan keputusan yang baik juga perlu dan begitulah dari sudut pandangan aku, sekiranya hanya pasrah dan tidak melakukan sebarang perubahan ia hanyalah "KOSONG"
Jadi, untuk mencapai impian, perlulah berusaha jangan tinggalkan ianya sebagai mimpi... sekian, terima kasih :)
***aku rasa aku terlebih masa di sini,
cakap pasal perubahan """ aku x study2 lagi ILS... wish me LUCK ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment